PROGRAM SEKOLAH "KEMBARA MENCARI AKU"
Assalammualaikum
dan hi semua,
Baru-baru ini, iffah dan rakan-rakan telah diberi tugasan untuk membuat
satu program di mana-mana sekolah untuk melatih para kaunselor pelatih dalam
memperkasa bakat dan juga kemahiran dalam perkhidmatan kaunseling sekolah.
Permulaan daripada kertas kerja, pemilihan sekolah dan aktiviti adalah semuanya
bergantung daripada idea dan titik peluh kami. Pada mulanya, memang minda ini
dibayangi rasa gerun, takut dan bercampur baur rasa maklum kami ini budak setahun
jagung yang baru nak belajar tetapi akhirnya kami dapat juga menyahut cabaran
yang diberikan oleh pensyarah tersebut iaitu Encik Aziz Yatim dengan
jayanya…yuhuuuuu!
Secara ringkasnya, program ini bertemakan input berkenaan
personaliti dan setelah kami berfikir secara mendalam maka datanglah buah-buah
fikiran bernas untuk menamakan program tersebut sebagai “KEMBARA MENCARI AKU”.
Program ini telah dijalankan di sekolah lama kesayangan saya iaitu Maahad
Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) dan mendapat
sambutan yang amat memuaskan. Peserta yang terlibat sebanyak 97 orang yang
merangkumi pelajar tingkatan 2 dan 4.
So, kalau nak tahu detail mengenai perjalanan program yang iffah
dan kawan-kawan di Upsi laksanakan, meh kita meneruskan pembacaan, kah kah
kah….
HARI
PERTAMA
Program ini
dijalankan sepanjang 2 hari 1 malam, dan bermula pada hari jumaat selepas isyak
sehinggalah hari sabtu. Program tersebut dimulakan dengan pengenalan barisan
fasilitator kepada para peserta, seterusnya digandingkan dengan pelbagai
aktiviti-aktiviti ice-breaking.
ICE BREAKING
Mereka telah menjalankan pelbagai
aktiviti seperti sentuhan kasih sayang, bergerak secara pantas mengikut tarikh
lahir,saiz kasut dan juga huruf nama permulaan yang sama.
Selepas bergerak dalam kumpulan mengikut tema yang sama, para pelajar harus berkenalan dalam peribadi kawan-kawan dalam kumpulan tersebut
Sebelum menamatkan program pada malam
tersebut, para pelajar diminta untuk membaca surah Al-Mulk bersama-sama
HARI
KEDUA
SENAM ROBIK
& ENERGIZER
Ok pada hari
kedua, kami telah melakukan sedikit senam robik sebelum melaksanakan
modul-modul berkaitan personaliti. Dalam kaunseling program, senamrobik
merupakan satu aktiviti yang menjadi kewajiban untuk mewujudkan mood ceria dan
aktif dalam kalangan peserta.
MODUL INVENTORI PERSONALITI WARNA
Modul ini dilakukan bertujuan untuk
membuat inventori soalan berkaitan personaliti dan memberi pendedahan kepada
para pelajar untuk mengenali potensi dan juga kelebihan yang ada dalam
personaliti mereka.
Penerangan soalan
dan juga penerangan personaliti daripada saya sendiri yang mengendalikan modul
inventori personaliti warna
Para pelajar sangat fokus dalam menjawab soalan-soalan inventori
Ketekunan para
pelajar menjawab soalan inventori warna
MODUL “TIRU GAYA
SAYA”
Pelajar dibahagi kepada dua kumpulan dan satu kumpulan telah diberi arahan untuk melakukan gaya mengikut benda yang telah diberi oleh fasi.
Setiap pelajar lelaki dan perempuan harus membuat dua barisan iaitu dua kumpulan,sebelah kanan dan kiri
Kumpulan yang dipilih harus membuat gaya yang diberi oleh fasi dan satu kumpulan lain harus meneka gaya tersebut
Para pelajar harus membuat gaya dan sebahagian lagi harus meneka gaya tersebut
MODUL “STRAW
ANTI-GRAVITI”
Aktiviti ini
adalah latihan untuk mereka lebih mengenali rakan-rakan dan kelebihan diri
untuk manfaat satu kumpulan yang mana setiap kumpulan harus menyelesaikan
masalah menurunkan straw yang bercantum secara serentak.
Kelihatan para pelajar sangat stress dan tertekan dengan modul ini
Mereka berusaha dengan semangat kejersama sekumpulan untuk menyelesaikan tugasan dalam modul ini
Kelihatan mereka sangat fokus dan teliti
Comments
Post a Comment