Hidup bersama sangkaan yang baik!
Salam and hello
Hari ini adalah hari bahagia untuk diri seorang iffah..Rasa macam dapat hidup dan semangat baru.
Kalau nak tahu hari ni iffah join program charity untuk upsi tau, tak sangka sangat perasaan annoyed yang menghantui sebelum join program tetibe jer diganti dengan satu nikmat kepuasan.
Dalam ni kami ditugaskan untuk mencari dana sumbangan untuk anak yatim dan sekolah tahfiz. And u know what, to achieve the amount target, kami diminta membuat kerja sekitar tanjung malim dengan harapan dibayar seikhlas mungkin oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.
Group iffah pada awalnya,buntu mati akal sebab tak tahu nak buat apa. Mentang mentang dapat group yang baru nak kenal satu sama lain so masing masing krikk krikkkk...hahahaha (awkward moment beb!)
Then iffah hanya tawakal ya Allah mudahkanlah segala urusan esok,amin...lafazku untuk subuh sebelom gerak tulang belulang memulakan kerja.
Sadisnyer, iffah dan geng jalan merayau sekitar upsi,tupp tupp Allah temukan dengan pelbagai heartbroken ujian. At first antara kami ada yang kerja tolong kedai makan,tapi iyelah tak naklah ramai sangat..kang serabut pulak kedai makan tu..tak pasal pasal gila pula makcik kedai makan tu sebab keserabutam kami bondong bondong nak kerja (so batalkan niat)
Sementara ada yang kerja iffah dan yang lain sambung misi merayau,,Rejection is part of life gais! Muka tak nak layan jer diorang bagi ko,tapi its ok! Kita senyum jer tak perlu kata apa-apa..hehe (dalam hati dah boleh bancuh kopi panas)
Dalam misi pencarian,demi mencari dana sesuap nasi anak yatim, iffah gagahkan jugak sendi otot tuk melangkah jauh dengan MILO!! hahaha....Dan finally, Allah gerakkkan hati untuk pergi satu salon dekat tg. malim.. Ya Ampun, wujud rupanya salon muslimah pujaan si muslimah iffah ni!
Meh iffah cerita,tempat dia superb lawa dan cozy. Tenang jer wei..masuk masuk sejuk rasa tanak keluar plak! hahaha And nak kata bila bersangka baik dan never loose hope, Allah bagi nilai yang besar! tanpa buat kerja dia bagi jer sumbangan macam tuh! wow wow!! nak nangis jer rasanya!!
(Allah tengok sini,ada jer makhluk kau yang masih hebat di bumi fana' nih...)
Butik salon naurah tg malim best!
then sambung perjalanan,
Tegurlah satu uncle yang nampak abit friendly nihh (tak friendly kita jauh jauh, takut!) so tanya dia kot kot perlu bantuan untuk kedai ubat tradisional dia tuhh..hihi...sesambil buat aksi memek emosi comey omeyy ( moga dia sedar kecomelan kita)
Dia pun reply " i takde benda nak suruh buat, tapi if u nak charity i bg u barang i, ualls semua jual! " i was like what what what ??? Dia pon memulakan strategy marketing dia sambil keluarkan balm angin dan ubat gigi..lols (first time jual dua barang nihh) ..hahaha..Tapi maklum iffah pantang dicabar, bila dia push kita push lagi sampai jadi! paling best tak yah keluar modal, dia kasi barang then jual.. nanti harga asal bagi dia,untung kita amik!! ok pikir macam menguntungkan,ambil barang terus masuk kawasan upsi promote kaw kawww
Tolak kemaluan..ehh..ehhh tolak malu tolak ayu then mula pulak misi mak iffah promote balm dan ubat gigi tanpa florida si uncle tu punyer! haaa...amiko!
Rupenyer, tak sangka petah ku ibarat dato aliff syukri, siap tunjuk testimoni lagiko! (genetik ayah kaki sembang..hahaha)
Then we dengan jaya dapat kaut keuntungan yang agak lumayan hasil jualan kami! yeay!! balm semua terjual,ubat gigi jer kurang sikit! haishh...bebudak nihhh tak kenal florida kot! (buat malu jer,jatuh saham upsi camnihh)
So aku rasa bangga dengan diri aku hari ni bekerjasama dengan kumpulan yang awalnyer aku pon tak kenal! Tapi we did it...(rasa nak nyanyi lagu dora plak) we did it we did it horray!
Hasil kutipan semua RM 250 melebihi permintaan UPSI yang nak RM100 sahaja! jadi nak kembang punggung, badan, hidung semua time tuhhh... jakun feeling bila jarang buat jariah...hahaha
Sebagai refleksi jangan pernah buruk sangka dengan Allah dan teruskan usaha jika inginkan sesuatu yang berharga! Allah bersama sangkaan hambanya! ingat tuhh! Next, jangan kecewa dengan rejection sebab itu adalah lumrah dalam kehidupan. Bila kita dah berjaya pon,akan ada jer yang kaki reject kecam block unfriend semua nihh (iffah blcok ex jer !) hahaha...So just keep calm and just do whatever you want do!
So itu sahaja dari iffah,ketiak dah hangat hangat peram masam rasanyer kalau laptop ni ada sense hidu, boleh matikot dia nihh...hihi
iffah sharing untuk kenangan, moga 20 tahun iffah boleh buka dan lihat untuk isi masa lapang seorang yang bergelar isteri dan ibu mithali..hiks! bye bye..and lets smile your world!
love,iffah
Comments
Post a Comment