Lunturnya peradaban kini

Di saat hari aku diselubungi awan gelap, rahang ku seakan penat menahan ketat dari perit sendu duka. Puasku pujuk dengan tawa tapi ia seakan hipokrasi yang berlalu singgah untuk sementara. Kenapa begitu sukar untuk mencapai bahagia walhal dunia penuh dengan galaknya riang manusia.Hari ini aku meluahkan dengan mata yang dikaburi kaca sekadar untuk pujuk hati yang sudah ditikam kejam. Sedih selubungi hati menyelimuti lemas tanpa kebahagiaan.

Dulu aku melihat dunia sebagai mimpi dan cita tapi malang ia berubah menjadi musuh durjana, Aku takut malah hiba pabila rakyat rakus memiliki dunia. Agama itu apa sampai dipijak hina tanpa kasih dari iman di dada. Aku bukan imam untuk berkata kata cuma terkesima,terpaku dengan akhlak yang kau kata manusia.

Aku tidak berupaya mengembalikan gemilangnya tamadun di zaman dahulu kala. Digilai adab penuh tatasusila. Walau kau tidak hebat berpakaian emas dan permata tapi kau digilap hingga bercahaya menyuluh pertiwi dengan budaya bangsa.

Sejujurnya aku iri malah benci dengan kau wahai bangsa dahulu kala. Kau tertib tapi aku berselerak dengan rosak dan runtuhnya tiang moral agama. Kau tahu betapa hancur hati nenek moyang bila manisnya martabat budaya kau lekeh dengan nyalakan hina. Peninggalan mereka hanya sia sia bila tiada siapa yang mengamati nikmatnya.

Dulu aku tersenyum melihat manisnya dara berkurung kebaya,nyonya terkepit malu bersama kipas berukiran bunga dan juga si dia bersaree indah dengan sulaman  teliti tanpa cela. Kini semua itu jijik dan janggal untuk dipersila. Relanya mereka dihanyut dengan asmara barat yang mengasyik jiwa. Saraf masing masing umpama mati untuk menilai kebaikan moral dek kepuasan yang mengatasi segalanya. Aku berserah kerana tak mampu untuk berbuat apa apa

Wahai barat, kau sungguh hebat sehingga tegar mengexploitasi anak muda.Sanggup kau belah belah pakaiannya. Sampai hati kau ubah corak kehidupannya. Sungguh dahsyat kau menukar lembut jiwanya dengan keliaran tanpa waras diakal.

Kini kita bebas,tapi digari dalam penjara kejahilan modenisasi yang pulau tradisi.Adakah kita sudah merdeka? Aku bukan nya sok baik dan juga bukan pengamal tegar warisan tanah air. Tapi hanya insan yang duduk sendiri berfikir sejenak untuk diri. Aku tak mahu dilabel biadap jauh sekali lupa diri. Biarlah orang caci maki dengan method kuno aku terapkan diri. Moga Allahu rabbi memberkati, dan moga tulisan ku ini kau hayati dengan pasakan nilai murni.


Bebelan cik iffah💗

Comments

Popular Posts