TEMPAT MAKAN MENARIK DI PERAK


Assalammualaikum semua..

Terlebih dahulu iffah nak pohon beribu ampun,pohon patik maaf diampun sebab hari tu ada terjanji dekat ig story dan status yang iffah akan upload this blog two last week, BUTTTTTTTT kennot bcoz of my bloody hectic week. So maafkan adinda yer…hehehe…

Siapa yang yang friend iffah dekat ig, tahulah yang I pergi bercuti dekat PERAK hari tu sempena nak bercuti rehat dan juga bershort vacay bersama kawan-kawan tercinton iffah. Dah jadi adat kami,bila masuk cuti sem memang WAJIBUN pergi bercuti even dua hari satu malam jer. Well kami semua ni retis yang mengalahkan PM busy dia, so mampu setting untuk dua hari jer kak oiii. Takpelah janji dapat lepas gian rindu at the same time boleh MAKAN MACAM ORANG GILOS bila jumpa diorang nih! (tu matlamat utama dia sebenarnyer)



Oklah blog kali ni I nak tulis proper sikit, takmo merepek cicah kerepek dah..Sian pembaca nanti, sakit kepala layan habit meraban iffah, Hiks!

First thing first this holiday theme was basically about FOOD HUNTING, so alang-alang tu kita buat blog ni macam review pasal tempat makanlah and iffah akan add on sikit-sikit jer tambahan untuk benda lain. Dari dulu memang fevered suka cari tempat makan best, even perempuan ni kalau stress ker sakit ker, bawak jer dia makan.conpem lesap baik terus! Wuhuuu…(macam dah bagi clue jer camner nak ngorat para wanita..opsss)

Percutian short vacay kali ni agak rushing, sebab tempat nak pergi banyak tapi masa pulak yang jelos dengan kita so terkejar kejar kita ualls. Nasib ada kawan yang sangat well planned so alhamdulillah everything is going well.

Lepas semua berjumpa or we call reunited, ya ampun keluar semua cerita mak jemah, sampai terasa air liur ni pupus sebab banyak sangat dihapuskan di ruang udara untuk bercakap..haha..al-maklumlah dah nama pon wanita, memanglah suka buka mulut…Dari eksited jumpa, sampailah boleh buka cerita gossip, sampailah tup tup dekat PERAK! Finalleh sampai juga perak selepas bertungkus lumus bercakap.hahahahaha…. #thisgonnabenightmareforourfuture

So here our food hunting journey;

1.      NASI GANJA IPOH
Nak kata istimewanya tempat ni, sesampai jerk at bumi perak kami terus berdesup ker dia ni haa..Nampak kan muka singa betina ni tengah lapar gilos! Dekat sini iffah nak bagitau satu tips berguna yang di kongsi oleh one of my bestie. She said, kat sini manusia nyer sejenis spesis suka beratur panjang2. Dan dan lepas park kereta korang akan rasa hampa dan berdetik di hati, why dunia ni kejam sangat sampai nak makan nasi ganja pon kena beratur ..uhukkk uhukkk….. BUT TAKE ATTENTION PLEASE! Tak payah nak rajin sangatlah beratur, korang masuk jer terus cari tempat untuk duduk makan. Be educated sikit, aewahh berlagak sikitlah! (thank u friend,sebab jadikan I pandai)

Dapat tempat terus duduk macam main kerusi muzik tu, jangan kasi chance langsung untuk orang lain rampas..haippp haipppp….kan dah mention kami ni singa betina!
Actually bila korang duduk,akan ada waiter yang amik order, so don’t worry just cari tempat duduk, diorang nanti akan cari ualls. Chill ok sambil tu kibas kibas sikit kain tuhh sebab memang sosak dan panaih lah tempat dia!

REVIEW:
Sedap sangat, nasi dan kari memang flawless! Kaw kaw dia bagi kau! Memang tak sia-sia kau main rebut kerusi tadi! Kalau diajak makan sekali lagi, terang lagi bersuluh iffah tekan button YES!



2.      WAWASAN CENDOL ABANG KACAK
Lepas bergelut dengan kesesakan tempat nasi ganja tadi, terus meleleh tengok gerai abang kacak ni yang berdekatan dengan nasi ganja. Dia bukan restaurant tau,kang tak pasal-pasal ada yang sumpah seranah waze pulak sebab tak dapat jumpakan dengan abang kacak…haha..dont worry abang kacak ni tak hilang, dia ada kat tepi-tepi pakai motor yang jenis angkut cendol tuhh…so vintage hokey! #missmyoldtime #eatingcendolwithayah

REVIEW:
Rasa dia sedap memang complete cukup rasa, pekat tapi taklah manis sangat,cuma kuantiti dia sikit dohhh! Tak puas akak pelahap ni makan. Kalau korang ajak I, pastikan ualls cukup lawa untuk kenyit kat abang tu mintk cendol lebih sikit..please please…



3.      NASI LEMAK AYAM KG IPOH
Tanpa berlengah kami pon terus menerus menerjah tempat makan yang seterusnya. Kali ni iffah dan kawan-kawan nak try Nasi Lemak Ayam Kg Ipoh, sebab dengar cerita orang perak cakap havoc. Kita pon give a try lah, oden nengok kedainya dari luar macam meriah! Macam-macam lauk ada,menyebabkan I pon confuse betul ker kedainyer yang nih. Masuk jer, kita dah opocot mak kau dah! Iyelah mana taknya dia baik punya letak akuarium belut tu depan-depan…Adoi ingat apalah tadi. Hahaha
Kalau nak tahu, restaurant ni dekat jer dengan Nasi ganja tadi, so get ready untuk perut meletuplah. Better gi jalan kaki jerlah,senang nasi ganja tadi hadam. Hihi
REVIEW:
Biasa jer untuk iffah. Sambal dia tak kaw and tak pedas, maklum lah kita ni stok stok jawa yang kuat makan pedas. Pantang kalau rasa takde elemen pedas langsung nih! #kennotfeelingit

saje tunjuk kawan i makan..tampak omey angat


4.      HOKKAIDO ICE CREAM PUFF IPOH
Tak lengkap rasanyer lepas makan kita tak pekena pencuci mulut kan. Memang dah semua pon memang suka makan benda manis so my friend suggest untuk pergi ke tempat yang agak viral nihhh. Bila sebut jer ice cream I terus nak scream!!! Huhu, harap lepas ni ada pakwe romantic ajak kita makan ice cream..hiks! (awak,saya dah bagi hint nihh!)
Tempat dia kecik jer, so beware lah takut awak jenguh pusing-pusing tapi tak jumpa.
REVIEW:
Sedap sangat sangat,sampai sekarang termimpi mimpi. Luar dia macam biskut and memang sangat rangup. Apa yang iffah boleh simpul, rangup di luar dan ngilu di dalam. Lantak pi lah gigi nak mgilu ker apa, yang penting perghhhhhhhhh nimatnyer dapat makan ice-cream. Dia banyak perisa and ofkoz my feveret cookies cream or vanilla jer! (awak,saya bagi hint kedua nihh) hahahaha



5.      LAKSA SARANGHAE
Dalam hidup kami tiada istilah penat makan! Allah turunkan nikmat kat dunia ni banyak sangat, so jangan dipersia-siakan. Ok next station is kita pi hadap benda laksa nih. Bila kawan I mention laksa saranghae I terbayang lee minho makan laksa. Hahaha… apelah kejadah kedai melayu letak nama saranghae nih! Mesti owner ni suka tengok drama korea kan. Tetibe lamunan I terhenti…jeng jeng…disita oleh penerangan kawan I yang menyatakan laksa saranghae ni namanyer camni sebab dia ada telur ala-ala sarang dalam kuah dia. Oh men apa yang kau cuba sampaikan, ada sarang telur burung ker or ada bird nest yang untuk kecantikan tuhh..gulp takut pulak aku nak makan.

Alhamdulillah semua imaginasi megarut I tu salah!

REVIEW:
Sedap sangat…bergkkkkkk Kenyang sungguh makan kat sini. Telur sarang tu telur goring yang bentuk dia macam sarang and its perfect combination! Bukan tu jer, dia ada jugak dessert and tak disangka sangka dessert tu sumpah sodap nak mampuihhhh! Kitaorang order ABC milo tabor meleleh (memandai jer reka nama tuhhh) Tapi tengok meja sebelah order fruit dessert, amboi  mengancam juga! #fahaminafsuwanita



6.      PLAN B, IPOH
Stop jap pasal makan sebab I dah rasa krikkk kruukkk krakkkk dalam perut bila typing isu makanan nihhh #tetiberasamenyesalbuatblog
Ni tak dirancang pada awalnya, memang tak tahu langsung dekat ipoh ada tempat unik bernama plan B. Terjumpa tempat ni sebab one of my friend kepengen sangat benda macam ais kepal tuhh, that’s why ditakdirkan kami ke sini. So sape yang peminat tegar ais bolehlah ke plan B makan ice kepal. Kedai dia namanyer Bits&Bob and terletak dalam plan B tuhh. Btw tempat ni nice tho, memang cantik and banyak angle lawa-lawa yang korang boleh posing sesambil menjilat ice kepal tadi tuhh. Memang ramai yang datng semata nak memenuhkan gambar di ruangan ig masing-masing, tak terlepas juga dengan kami.
And menariknya bukan tu jer, kat plan B ada juga jualan barangan art and kraf serta kulit. Memang rambang mata nasib tak pergi dengan boyprend konpem duit awak tuhh saya dah kebas. Takdelah, kita gurau gurau jer! Tapi memang sempoilah tempat nih,highly recommend.

REVIEW:
Cantik tertarik kau memang the bom! Sangat sesuai untuk manusia yang ketagih amik gambar atau lebih dikenali sebagai picture mania..(siapa tuhh yang sikit-sikit nak hamik gambar tuhh)



7.      TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK, IPOH
Jap jap, jangan lah salah faham. Ni bukan pon taman permainan semata tapi dia juga permainan jiwa yang mampu menduga iman manusia yang dilihat semakin terhakis dengan kenikmatan dunia termasuklah FOOOOODDD! Hahaha
Siyesly awak kena kental sikit bila msuk tempat ni sebab berlambak dengan kebanjiran pelbagai jenis makanan. Tempat ni ala-ala food court, so memang melilau mata tak tau nak makan apa. Nasiblah teman kita ni orang perak, so dia lah yang suggest some food yang umphhhhhh katanya. Kita pon berseri-seri muka menunggu pilihan makanan yang disampaikan. So here the recommendation food at this place;
-          Kerang Bakar
-          Popiah Ipoh ( fav kita popiah basah tapi kedai ni sedap dia punya popiah goring biasa tuh)
-          Jap lupe plak makan apa lagi, ermmmm haa satey. Nama dia Satey Endut

REVIEW:
Semua makanan boleh dikira sedap and environment tempat ni pon tersangatlah menarik, nak lepak dan chill boleh makan kat area sini yer.


8.      KOLAM AIR PANAS SG. KLAH
Alrite bebeh, kita dah sampai part utama vacation perak kali nihh!! (cepatlah habis, penat tangan aku nak menaip nih) grgrhhhhh….

Kalau lepas ni ada yang tanya, kat Perak ni ada ape jer? Dengan bahu aku tegapkan keatas, flip tudung sikit dengan lagak yang berlagak “KOLAM AIR PANAS”

Tempat ni memang sangatlah menarik, senang cerita u WAJIB PERGI kalau nak rasa takjub dengan Kekuasaan Allah (ohhhh…ayat deep!) Tapi memang bestlah sebab tak sangka air dekat bawah bumi ada yang panas and suhu panas dia berbeza-beza.. Kalau iffah yang power lagi berani ni biasa akan pergi dekat suhu 30 darjah (ohhh well) Tang lopek-lopek tu biasa diorang akan pergi berendam dekat 40 ke 50 darjah (booooo..sama dia) hahaha… #iffahsukabanggadiri

Ok,tak habis cerita lagi nihh…

Bukan ada kolam air panas sahaja tau, dia ada juga air sejuk yang macam alahhh kolam biasa tuhhh. Best sebab aku tengok dah macam wet world dah siap ada gelungsor bagai! Really rekemen untuk seisi kelurga memang best! Kalau dulu suka tinggal nenek dan atuk bila bercuti sekarang apa salahnya bawak diorang plak kali nihh..Kasi rasa apa kejadah kolam air panas tuhh.
Antara aktiviti yang menarik juga adalah boleh rebus telur ( mandi kat sini korang akan rasa penat,lapar dan dehydrated) so be prepared TAPI TAK BOLEH BAWAK MASUK MAKANAN,MINUMAN BOLEH

Bayaran adalah RM18.00 seorang untuk dewasa..kanak kanak aku tak pasti pergi baca kat blog lain lah…(aku tak da anak kecik lagi) lols

REVIEW:
Memang best sebab tempat dia luas kau boleh berlatih 4x100 m kat situ. Aktiviti yang menyeronokkan dan sangat sesuai untuk pergi bersama family dan rakan-rakan..Kalau tanya nak pegi lagi tak! YESSSSSS!!!




9.      NASI BAMBOO SG KLAH
Basically, ni entah kali ke berapa iffah review pasal nasi bamboo.. Tak payah banyak ngomong sihh datang jer! Tapi jangan marahlah sebab maybe lepas ni awak akan pergi untuk beberapa kali yang boleh di konklusikan aku falling in love with you!

SEDAP.PEDAS.CUKUP RASA.MARVELLOUS

Memang kena dan karib dengan tekak aku yang sentiasa pelahapkan kasih suci makanan yang sedap!

Banyak pilihan lauk kat sini,nak best datang tengah hari dalam pukul 11-12 tgh hari tapi bertabahlah sikit! Panas satu sesak tu memang tak boleh nak describelahh! Pakai doderent banyak-banyak sebab confirm basah tiok!
Kalau datng petang jangan mengharap dengan penuh penantianlah,maybe awak dikategorikan sebagai manusia yang lembab, habis dahh orang kebas.

REVIEW:
Sedap dan berharap kedai ni tak tutup sampai iffah beranak pinak berpinak-pikak..itu jer mampu ku luahkan.



Orite itu jerlah kisah iffah dan kawan-kawan di Perak. Sebelum ni kalau orang tanya Perak ada apa? I pun jadi cengkerik krikkkk krikkkk……Tapi sekarang bila jadi sebahagian dari warga Perak (dak UPSI) memang rasa tercabarlah kalau tak bervacay dan mengetahui pasal area sini.

Actually, kat Malaysia ni ceruk-ceruk pon best! Bukan sekadar negara yang aman,cantik, penuh dengan kehijauan dan for sure paling besssssstttttt heaven with fooodddddd! Betul kata orang sejauh mana pon kita pergi, kita akan teringatkan kampong halaman lagi-lagi bumi Malaysia! Memang I tak sanggup nak pergi jauh dari nasi lemak,sambal belacan dan seluruh nya lahh…
So here my shout out about Perak,semoga dapat membantu anda semua untuk cari place yang menarik kat Perak!

Sekian terima Kasih..
NOTES: Dedikasi blog ni untuk my lovely friend…Irdina, Sahira , Juliana, dan tak lupa Nisa…Hopefully next 10 year kita boleh kenang balik semua ni, I love You!




.



Comments

Popular Posts