Spaghetti meatball oglio olio

Alang-alang tengah cuti nikan macam rasa waktu tu melimpah ruah jer dalam hidup seharian ni, so terajin lah plak gamoknyer nak update blog! cer tgk time busy, berdebu debu blog ni jadinyer

So, apa khabar semua, Assalammualaikum.. 

Sejujurnyer iffah taklah byk masa sangat, ada jer ni dok busy dengan cafe! Sape yg kuno lg tuhh tak tahu ker i ada cafe! Grggrrrr! (sambil buat muka annoyed giler) 

Dalam entri kali ni kita nak share menu seterusnyer khas untuk mereka yang dah muak makan nasi, and mengidamkan benda yang lain, opssss ngidam ngidam jangam mention (nnti orang ngata mak buyong ker nihhh, huk aloh craving jerpon) 

And palinggggg best and mesti korang pon eksited nk dgr bila iffah nak bgtau yg menu ni, not bad lah untuk jaga badan yg kian menonjolkan diri (tonjol kedepan, phm2 lah yer) Al maklum dunia yg stress memerlukan kalori yg byk... Hahaha

Ok, widout further merepek iffah membebel, lets go to cikidout the receipe of "SPEGETI MEATBALL OGLIO! "

SPEGETI MEATBALL OGLIO

Bahan-Bahan;
-spaghetti (yg dah rebus, iffah letak sikit jer tuk sorang mkn) 
-meatball -4 biji (yg dah rebus) 
-parsley (serbuk) 
-oregano (serbuk) 
-chili flakes (serbuk) 
-garam&cukup rasa
-blackpepper (serbuk) 
-carrot - 1/4 (potong dadu) 
-bawang putih - 3 biji (potong dadu) 
-bawang holland- 1/4 (potong dadu) 
-cili benggala - 1/2 (potong dadu)
-cili padi - 3 biji (potong ricih) 

(nak marvellous actually guna udang, tapi udang mahai sangat, kita guna meatball... Hihi, jadi jer!)

Cara-cara
- rebus spaghetti & meatball (boil dulu air baru letak dua bende alah nihh) 
- sementara ko tunggu dua bende ni settle,apa lagi potonglah bahan2 yg kne potong tu (klau dah siap, baru bleh lepak) 
-ok bila dah settle merebus rebus tu, jap jap air rebusan JANGAN BUANG TAU! 
- start untuk menumis bahan2 yg dipotong dadu
-lepas tumis,masukkan parsley, chili flakes, oregano, lada hitam, garam dan serbuk perasa
-settle bab yang itu, then masukkan spaghetti yg dah rebus tadi beserta sedikit jer air rebusan (dalam 2 sudu mkn)
-last sekali masukkan meatball
-Tarang siap dan boleh dihidang


Buatkan satu untuk suami, pakwe, ayah, mak, conpem gembira hati diorang.. Uhuk! 
(special lg bila buat time birthday) 

So itu sahaja dapur panas iffah kali nih, next agak agak nak sharing menu apa erk? 

Tungguuu... Dan lihat.... 

Bubbye! 
#dapurpanasiffah #iffahmasukdapur

Comments

Popular Posts