Azam Tahun Baru 2018 !
Yo Yo wassap and how are u? Amboi bila dah lama tak update
blog, gangster terus jadinyer yer,huhu.. No lah gais, saja jer buat opening
gempak sikit, btw Assalammualaikum….. (terus bertukar jadi wanita solehah,ayu
lagi suci..Hiks)
Hari ni iffah nak
update and nak main cerita tentang AZAM TAHUN BARU! UUUUUUU!!!!!! BOOOO!!!
Tahulah kita ketinggalan masa sikit, maklum bulan satu haritu subuk menyibuk
dengan exam, so segala mak nenek mengenai tahun baru thingy kita terpaksalahhh
buat donohhh..Sampai tengok bunga api pun bertemankan kekasih suci bernama sang
buku..( ok nangis cikit)
Ok now exam dah
lepas, buku semua dah campak jauh-jauh so its time kita buka buku baru. Yes,
iffah memang tiap tahun akan cuba perbaharui niat dan azam even sometime macam
acuh tak acuh jer kan tapi still tekad untuk hadirkan dalam hati “ I want to be
the better person” Biasanyer iffah just write down dalam kertas bodoh-bodoh
jer, apa yang aku target dan nak achieve dalam tahun ini. Sound macam poyo tapi
percayalah setiap apa yang kita pikirkan akan menjadi doa yang melantun
(toing-toing)
So seharian, iffah
duduk atas meja dalam bilik ibu (sebab meja dia yang satu-satunyer paling
bersih lagi teratur..lols) Duk diam-diam sambil berpikir, apa yang aku nak
dalam hidup? Pikir punye pikir sampai lah adik aku macam curious sambil
memerhati aku dan mendekati aku…hoho dengan pantas aku tutup, jangan nak
menyibok please!! Pantang tengah syok kita berpikir sesambil mengelamun dia
bleh plak curi-curi tengok, malulah kita…hahaha (baik ngaku sape pemalu macam
iffah?)
Jenis iffah akan buat
dua jenis list untuk bende nama azam nih, first apa yang I nak capai dalam
tahun ni and second apa yang I nak capai for the next 5 years.
Dan untuk nampak
lebih teratur iffah akan buat satu jenis azam tu ada beberapa pecahan
Contoh :
AZAM TAHUN 2018
1.
Agama
-
Solat awal waktu
-
Solat dhuha (sabtu dan
ahad)
-
Mengaji (satu hari satu
muka)
2.
Attitude
-
NO JUICY mengumpat dan
mengata orang
-
Be morning person
-
More presentable (jangan
asyik tudung sarung jer)
-
Eat sayur and be healthy
(ni kira attitude gaklah)
3.
Study
-
Revision everyday (one
hour jerpon)
-
Read a book per 2 week
-
Dll
4.
Business
-
Marketing, and blaaa
blaa (u can put ur target k)
Yang tertera kat atas
tu semua memang iffah punya impian dan hasrat untuk tahun 2018, act ada banyak
lagi tapi huishhh ponat nak taip satu-satu.
And bila dah siap
azam untuk tahun ini, haipp haippp jangan angkat punggung lagi…just put down ur
pen and sambung berpikir tentang masa depan. Lagi 5 tahun, korang tengok diri
korang macam mana? Semakin helok ker ataupun korang still samar-samar (macam
gelap jer masa depan aku tuhh..hahaha) ok2 don’t panic and jangan stress. Ya
ampun…. kok buat azam sampai jadi stress, don’t lah, kita just chill chill jer.
Iffah suka sebab bila buat bende alah ini korang boleh berpikir,merenung dan ia
akan bertambah indah bila korang boleh bawak sampai angan-angan dan seterusnya
cita-cita yang ingin dicapai. InshaAllah apa yang kita sangka akan jadi dan
nyata dalam hidup ini, Allah akan “fayakun” kan benda itu. Ingat tau, Allah hidup dengan
sangkaan hambaNya, so bersangka baiklah dengan apa yang Allah akan beri. Tugas
kita nak taknak berusaha sungguh-sungguh sampai jadi!
Simple mimple jer
iffah punya cita-cita untuk the next 5 year.. hihi
IAM FOR THE NEXT 5 YEARS
-
Graduate as Counsellor
UPSI with CGPA 3.86 (cewah-cewah, amin!)
-
Ada kereta sendiri
(beserta lessen lah)
-
Kounselor sekolah (suka
benoh jadi cikgu)
-
I have my own brand (
uishh tak sabo nak launch produk sendiri)
-
Kahwin dengan lelaki
pojaan ( dia pon mesti anggap I pojaan dia)
-
Ada duit simpanan
sendiri dalam bank at least 5 angka ( huish berdebor rasa)
(malunyer
bila ada orang baca impian kita..hiks!) #prayforiffah
Ramai antara kita
yang ada pelbagai impian dan cita-cita..Yes semua orang paling tidak akan
terdetik dalam hati bestnyer kalau aku jadi macam ini, macam ini…Bilalah aku
dapat hidup macam ini… (wajib ada perasaan itu kan) So decidelah dari sekarang
apa kita nak jadi! Ada orang takut, sebab asyik rasa tak yakin dia boleh capai.
And paling teruk kalau kita dah cukup selesa apa yang kita dapat,sampai malas
langsung nak pikir bende-bende macam ni…Please NO! rugi tau kalau kita tak
bersikap untuk majukan diri paling tidak in term of agama dan attitude. Yes for
sure nobodys perfect but kita boleh berusaha kearah untuk menjadi yang
sempurna.
Hidup bukan semata
untuk mengejar kejayaan,kekayaan dan pangkat, tapi lebih dari itu yang kita nak
iaitu nilai kehidupan. Jadikan hidup kita ni bermakna dan berjasa pada orang
sekeliling. Sebarkan kebaikan dan aspirasi semoga mereka yang sebelah kita
terkena tempias dan meneladani pekerti mulia kita. Bestkan kalau orang tu buat
baik sebab dia suka tengok kita, dan dan pahala dia pon jadi pahala kita
jugak..huishh banyak siyokkk bukan?
Jadi apa tunggu lagi,
bergerak lah dari sekarang. Sape dok melese lese atas katil tu, gi amik kertas
apa-apa dan catat segala impian yang pernah terbuku dalam dada awak tu. Luahkan
dan ekpressi kan semua itu dalam kertas. Jangan takut, jangan risau…believe or
not u will find a way to achieve it! Amin! I pray for u !
Last sekali, I really
hope that semua orang boleh ada impian because segala sesuatu terletak pada
pilihan dan citarasa kita. Kita ni manusia, ada akal dan sekujur body yang
cukup sasa untuk mengerakkan segala-galanya. Everything u do, Allah will
evaluate, believe or not it have a mark that can open ur opportunity to get His
JANNAH J
That’s all from me,
and heppy 2018…bubbye!
Salam sayang,iffah...💗
Comments
Post a Comment