Dunia Hamlatul Quran
Langit yang biru kini bertukar mendung kelabu.Pancaran
cahaya kian menunjukkan dirinya.Dentuman petir menggantikan tenangnya kicauan
si burung.Angin lembut yang melibas kain tudungku terus bertindak menggegar
abjad yang lebih berjisim.Kata-kata ini yang mampu ku ungkapkan tatkala
ketenteraman tidak menjengguk kalbuku.Otakku bagaikan tersumbat dengan benda
asing dek tidak dapat berfungsi dengan sempurna.Harapanku diwaktu ini adalah
untuk berjumpa dengan tukang yang mampu gantikan mentol malap diakalku dengan lampu
pendaflor yang lebih cerah.Jika diberi pilihan untuk ku meminta satu
permintaan,akan ku minta diri ini diterbangkan jauh dari
bumi.Sesungguhnya,kehidupan di bumi sangat
mengurung jiwaku untuk merasai nikmat kebebasan.Rintihan pedih di hati
terus memanggil curahan rintik hujan untuk turun mengalir dari mata.Nafas dan
dadaku menjadi sesak meminta kehadiran gas oksigen.
Ya Allah,dunia sebagai pemegang Al-Quran sangat menyengat kalbu ku dengan penangan bisa yang sangat berbisa.Ayat-ayat agung-Mu cukup merebahkan ku untuk melakukan kedustaan dan kehinaan.Terkadang nampak jelas nafsu dan iman ku berlawan untuk menguasai aku.Semua itu bergantung di tangan dan kuasa aku.Jika vitamin yang ku masukkan dalam hati,maka imanlah yang akan menang,jika dadah atau racun yang ku masukkan dalam hati,maka nafsu durjana inilah yang akan menjadi raja.Melihat teman-teman kampong ceria dengan kehidupan yang bebas tanpa beban,membuat jiwaku bergelodak ingin terjun ke dunia mereka.Andainya,boleh ku ubah air mataku dengan gelak tawa mereka.Andainya,wujud system barter pada waktu ini,akan ku tukar kehidupan ku dengan mereka.Malangnya,itu semua adalah angan-angan ku yang tidak realistik.Realitinya,tepat jam 5.00 am lenaan tubuhku dikejutkan untuk terus beramal sebagai hambaNya.
Kepenatan,kelemahan,kebosanan dan kesemua perasaan yang menghalang, ku tolak ketepi kerana ‘’aku adalah hamlatul quran’’.Setiap hari,suara ku akan dilantun kan untuk Quraan.Tugasku yang paling utama adalah memenuhkan ruang di minda dengan ayat-ayat yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad melalui Jibril secara mutawattir.Debaran bagai menunggu keputusan spm seolah-olah ku rasa setiap isnin hingga jumaat ketika memperdengarkan bacaan kepada sang murabbi.Setiap kesalahan,menghukum fizikal dan mindaku.Ku rasa kolah pun tidak mampu menadah air mata yang mengalir bagai air terjun yang deras punca dari pupilku.
Muka ini yang sewaktu kecil tidak malu untuk melakukan apa sahaja,kini mengerti apa itu malu yang memeritkan.Muka ku diconteng dengan dakwat pen marker yang asalnya direka untuk ditulis atas papan putih kini bertukar fungsi.Matahari yang asalnya sangat penting bagi manusia,bertukar menjadi kencaman kepada manusia pabila aku dipaksa berdiri tegak seperti rukun awal solat ditengah-tengah pacakan matahari.Penggantung baju juga yang asal nya tempat sebagai gantung baju di ampaian,menjadi alat yang sangat hebat tamparannya ke atas kulitku.Dunia hafiz,banyak menyumbang sesuatu yang baru buatku.Selama lima tahun,baru ku sedar setiap sesuatu rekaan direka untuk banyak kegunaan.Ku tidak salahkan murabbiku untuk bertindak menghukum,kerana ku tahu itu untuk kamaslahatan diri yang lemah ini.Ucapan syukur mampu ku ungkap walau hati kadang tak rela dengan pengakuan tersebut.Emosi tidak mampu menafikan keperitan melanda,walau ku cuba lakar pelangi di wajah,mendung tetap timbul.Persoalan-persoalan mengenai ujian-Nya terkadang tidak mampu ku tolak walau dengan batu konkrit dan besi keluli.Ku tidak faham mengapa Dia tidak putus-putus mengutuskan ujian terhadapku?Kelelahan mula timbul di jasadku.Apa yang ku lihat dalam diri ini hanya kelemahan.Aku memerlukan waktu yang maksimum untuk simpan ayat-ayat dari kitabNya sedangkan teman qurra’ku tidak.Aku memerlukan kosentrasi yang penuh untuk faham suatu ilmu walhal sahabatku tidak.Mengapa aku diciptakan dengan penuh kekurangan berbanding orang lain dikelilingi dengan kesenangan.Setiap persoalan,menjirus keluar cecair daripada kelopak mataku.Tidak sanggup ku melabelkan tuhanku tidak adil,tetapi perasaan itu terus hinggap di nurani ini.Kesabaran ku selama lima tahun bagaikan tiba di penghujungnya.Nafsu sudah menjadi raja menguasai segala kerajaan akal dan iman.Tidak tahu kemana mahu ku campakkan perasaan busuk ini kerana hari-hariku tiada insan di sisi.Berjauhan dengan ibu dan ayah yang tercinta melenyapkan segala lantunan pedoman.Jeritan batinku tidak henti-henti memanggil islam supaya kembali dalam jiwaku.Aku buntu tersangkut dalam kekalutan dan keserabutan.
“Allah cinta akan kita,Allah rindu akan kita,Allah jaga kita.Sebab itu dia turunkan ujian dan cabaran kerana Dia nak dengar rintihan kita.Dia nak lihat mata hambaNya sentiasa mengalir agar dapat merasa nikmat air yang mengalir di syurgaNya”.
Bait-bait itu yang yang disampaikan oleh pendakwah bernama
ebit lew.Telinga ku bagaikan terkena kuasa magnet dengan segala hujahnya.Tepat
dan ringkas tapi penuh pengisian yang menampar segala lamunan aku untuk terus
berlumang noda.Dia yang bersifat ar-Rahman masih memberiku nikmat nyawa,islam
dan iman.Setiap hari ku dapat menghirup udara kepunyaan-Nya tanpa sebarang
bayaran.Setiap hari aku dapat menggunakan segala anggota yang terlekat di
jasadku dengan sempurna.Setiap hari aku masih dapat merasa rezeki bumi yang
datang dari-Nya dengan aman.Mengapa aku masih merungut dengan ujian yang
sedikit berbanding nikmat yang melimpah ruah.Tersedar daku bahawa akulah
golongan yang tidak bersyukur.Oleh itu,aku sendiri yang menyekat rezeki lain
untuk hadir.Akulah asbabnya.
Malu tidak tertanggung di hadapan-Nya.Taubat dipinta memanggil kembali cintanya.Ku tak sanggup sendirian tanpa kasih-Nya disisi.Allahurabbi,sesungguhnya malam ku penuh dengan segala pengaduan dan perkongsian.Walau ku tahu Kau sentiasa memerhati daku,tetapi hati ini berdegil untuk merintih di hadapanMu bersujud mengharapkan perhatian suci dariMu,penciptaku.Inginku selalu berada di sampingMu.Inginku selalu berada dalam rahmat-Mu.Inginku selalu berasa nikmat kehadiran-Mu.Biar cinta ini menjadi lambang kekuatanku mengharung segala ujian-Mu.Mungkin belum masa kita bertemu,tapi izinkan muka yang hina ini menghadap-Mu diakhirat kelak walau sesaat.Sungguh itu sudah merawat duka lara yang selama ini ku tanggung dalam kehidupanku.
Ya Allah,janganlah
kau beri apa yang ku tak mampu,sesungguhnya Kau maha Mengetahui apa yang aku
tidak mengerti.Tabahkan hati kerdil ini supaya terus berjuang bersama kesabaran
untuk kekal di landasan yang lurus dan benar.Sungguh ku takut hati ini
berpaling selepas kau uji untuk tingkat martabat hamba-Mu.
Ku hadirkan seluruh kekuatan ku untuk terus bertahan berpegang pada panji islam.Walau terkadang lukanya amat dalam,sakitnya amat tenat dan dukanya amat lara.Jiwaku mula memanggil akal untuk berfikir secara rasional.Segala kesusahan yang ku tanggung pasti ada kenikmatan di hujungnya yakni syurga yang ku tujukan.Pada zaman Rasulullah,sahabat selalu digelar gila dan tidak waras,menyeksa badan seluruh pagi dan petang semata untuk beribadah padaNya.Walhal,mereka golongan yang paling berutung di muka bumi kerana meletakkan jiwa dan fizikal pada tempat yang betul.Mereka juga golongan yang paling berakal kerana ingin mengecapi kebahagiaan yg kekal berbanding keindahan yang sementara.Oleh itu,ku pujuk hati ini untuk terus dahagakan cinta Illahi serta kekasihnya,Muhammad.
Akal ku tidak sebijak imam shafi’e.Aku hanyalah manusia yang baru mengenal dunia hafazan.Jangan sekali mengharap segalanya akan cair masuk seperti h2o dalam mindaku.Fahami kelemahanku,ku perlukan sedikit masa untuk menerima segalanya masuk dalam diri ini.Wahyu Allah bukan benda yang boleh dibawa dua tiga hari,tetapi hingga hujung nyawa.Ku perlukannya sebagai penemanku ke jalan yang lurus.Ku perlukannya sebagai pendamping tatkala ku sendirian di alam kubur.Dan ku perlukannya sebagai syafaat disaat bumi lenyap daripada pandangan.
Firman Allah,
“sesungguhnya kami telah tawarkan amanah itu kepada
langit-langit dan bumi dan gunung-gunung,maka mereka enggan memikulnya dan
mereka khuatir tentangnya,tetapi dipikul dia oleh
manusia.Sesungguhnya(manusia)itu penganiaya diri”
Wahai diri,ku harap kau bersedia untuk memikul satu bebanan
yang tak mampu dipikul oleh gunung-gunung melainkan aku yang bergelar
manusia.Manusia sebaik-baik ciptaan maka aku harus berjuang untuk mengekalkan
serta membuktikan kepada seluruh ciptaan bahawa penciptaan kami adalah yang
terunggul.Bukan semata untuk menumpahkan darah atau membuat kerosakkan.
Ku teruskan langkah dalam mengharungi liku-liku di dunia hamlatul quran kerana ku tak rela hidup dalam kerugian tanpa kepenatan yang menguntungkan.Biar bibir ini basah menyebut peringatan-Nya asal hatiku tidak kering ketandusan kasih Ar-rahman.Biar anak tekakku bengkak tidak henti-henti menyebut ayat-Nya asal jantungku tidak tersumbat dengan kekotoran si rajim melalui salur darahku.Biar perit dunia yang ku lalui untuk mengaut segala kenikmatan Firdausi.Aku hamba yang tamak,tamak akan cinta dan ganjaran-Nya.Aku telah berikrar dalam bacaan iftitahku bahawa solatku,ibadahku,hidupku,matiku, adalah untuk AllahTuhan sekelian alam,dan aku akan tunaikan.
Hanya dalam kerdipan mata,telah sampai waktunya untuk ku
mengundur diri dari madrasah yakni taman syurga buatku.Segala keperitan yang
dipendam bertukar membentuk kenangan yang terindah dalam sanubari.Dunia yang
lebih menyeramkan bakal ku lalui pada masa-masa ku sebagai mahasiswi.Hidup
diluar pergaulan Quran terkadang menjaggalkan,kerana setiap sudutnya berbeza
360 darjah.Tidak ku lihat lagi,Quran bergerak.Tidak ku lihat lagi malam-malam
yang hidup dengan kemerduan laungan ayat suci.Tarbiah dan didikan Quran ku
jadikan pedinding buat diri yang alpa ini.Syukur padaNya melahirkan aku sebagai
generasi-Q.Sudah tiba waktunya untuk ku bertindak menghunus senjata dalam
diri-diri manusia untuk mati di bawah panji islam.Wahai sahabat-sahabat
hamlatul Quran,tiba masanya untuk kita beraksi.Sedikit peluang pun jangan kita
terlepas kerana mereka disana sedang menunggu kita dengan penuh
pengharapan.Setialah menunggu kami,kita akan genggam tangan bersama-sama menuju
Jannah-Nya,InshaAllah.
Comments
Post a Comment