Daurah Ramadhan



Di keheningan pagi,ku paksakan kelopak mataku untuk hidup sebelum waktu subuh menjemput.Hatiku tidak rela diperlakukan sebegini kerana badan sudah berkata pada roh dia memerlukan waktu untuk berehat,tetapi apa kan daya roh merintih agar jasad bangkit dari lenaan mimpi untuk kesenangannya di akhirat kelak.Tangan bergerak menyuap makanan tetapi mata masih berlawan dengan nafsu agar tidak terpejam memanggil mimpi.

Selama sebulan yakni 30 hari,umat islam diwajibkan untuk berpuasa yang mana suruhan untuk tidak makan dan minum daripada terbit fajar sodiq hingga sebelum terbenam matahari.Hatiku disapa penuh kegembiraan kerana akhirnya tahun ini ku berpeluang merasai sekali lagi kemeriahan bulan ramadhan seperti tahun-tahun sebelum.Segala memori terlakar kembali bermula dari aku pertama kali disuruh puasa dan aku tidak kuat menjalankan perintahNya secara sempurna.Sahur di pagi hari,berbuka di tengahari dek tidak tahan menunggu matahari untuk menghilangkan diri.Ganjaran daripada tangan penjaga serta ilmu daripada guru banyak membantu aku sebagai muslim untuk menyempurnakan tuntukan yang ketiga daripada rukun islam.

Bulan Ramadhan banyak mentarbiah diriku untuk menjadi muslim yang lebih baik.Mungkin aku masih alpa,tetapi ianya menjentik hati untuk lebih beramal pada yang Esa.Setiap detik dan masa dirasakan sangat berharga kerana ganjarannya berlipat-lipat kali ganda.Sehinggakan tidur dianggap ibadah dan ianya dikira dalam kiraan pahala.Malangnya,bukan mudah untuk teguh dengan kematangan hati dan akal jikalau nafsu diri sentiasa hadir dan mengancam memusnahkan keikhlasan rohani.Munculah detik-detik kemalasan yang membawa kepenatan sebagai alasan utama lantas membina kearah diri yang lemah dan longlai.

Mujur peringatan dariNya tidak pernah putus untuk sentiasa menyapa hati dan akal berbicara dengannya.Segala kepenatan bukan suatu yang sia-sia tetapi membawa ke lorong cahaya.Amatlah rugi bagi aku sebagai muslim untuk meniggalkan lorong ini ini kerana ganjaran dan nikmat yang ditawarkan amatlah hebat.Ketamakkan hati untuk ke syurgaNya terus menerus mendorong aku untuk menggali isi kandungan Ramadhan lantas ku coretkan buat tatapan teman.
Sang pencipta menciptakan ibadah puasa dengan asbab yang adil.Mendidik kesatuan mukmin dengan merasai keperitan jiwa-jiwa insan yang susah.Hadirkan diri merasai kelaparan dan dahaga membuatkan nurani ini memahami lalu ianya menyuruh kita kearah kebajikan.Membantu meringankan golongan ini keluar daripada kefakiran dengan menderma serta menghulur persis mutiara “ tangan menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima “.Logiknya,kita dapat simpulkan Allah mengajar kita dengan merasai serta mengalami suatu situasi supaya kita memahami untuk megerjakannya tanpa rasa ragu tercolet di sanubari.

Dia tidak mendatangkan suruhan dan perintah dengan tangan kosong,Setiapnya mempunyai kelebihan dan ganjaran.Syukur dengan kehadiran bulan barakah ini,sedikit membentuk diriku dengan sifat kesabaran.Mungkin dahulu aku seorang yang berang berelemenkan api,dan daurah Ramadhan banyak membantuku mentrasformasikan diri menjadi elemen air yang lebih sejuk dan tenang.Tika hati dipukul ombak amarah,ku redakan pukulan angin khuatiri ibadahku tidak diterima yang Esa.Tika hati sangsi lidah mula berzikir dengan harapan kembali serasi.Bukan sekadar mendidik jiwa malahan peribadi.Sungguh agama ku ini sangat sempurna dan praktis.Yes,Iam proud to be a muslim.

Berfikir sejenak sememangnya meandu hati untuk berzikir.Tiada yang dapat menenangkan organ utama ini melainkan penciptaNya.Kesedaran mula hadir dan ku mengerti kenapa tuhanku bertindak menyuruh KAMI UMAT ISLAM UNTUK BERPUASA,dan jawapannya tidak lain tidak bukan untuk melahirkan umat islam yang bertaqwa.Umat yang faham serta mempraktiskan Islam.Dengan  galian ilmu,ku sematkan kuat dalam dada agar daku dapat melakukan yang terbaik pada si Dia.Moga ibadah puasa kali ini,menjadi daurah tarbiah buat kalbuku dan umat islam sekalian seterusnya berpanjangan ke bulan-bulan yang lain.Dan sangat rugi jika aku hanya memperhambakan bulan Ramadhan tanpa menyedari aku adalah hambaNya.Justeru, ku cakap pada hati ini supaya Ramadhan adalah medan untuk aku bersiap siaga menghadapi cabaran di platform yang mendatang.

Terima Kasih Ya Allah,

Terima kasih Ramadhan…….

 

Comments

Popular Posts