Ayah !
Daripada tajuk
tu pasti setiap daripada kita faham perihal yang akan dibicarakan iaitu AYAH.
Semua orang sudah tentu menginginkan keluarga yang lengkap dan sempurna yakni
adanya ibu, ayah, abang, kakak dan sebagainya. Namun, aku merupakan seorang hamba
Allah yang diuji dengan ketiadaan seorang insan bergelar ayah sejak kecil.
Aku dibesarkan
oleh seorang ibu, dan datuk nenekku di kampung.Sewaktu kecil aku tidak mengerti
dan tidak jua mempersoalkan di mana ayahku ,tetapi apabila meningkat dewasa
barulah aku merasai perasaan bagaimana tiada ayah .Sedang rakan lain rancak
menceritakan tentang ayah mereka,aku hanya mampu mendengar dengan senyuman
walhal hati sangat pedih menahan rasa cemburu.Aku tidak boleh marah kerana
itulah ujian yang harus aku terima.
Ibuku berpisah
dengan ayah sewaktu aku lebih kurang 5 bulan dalam kandungan, dan sekarang
umurku hampir 20 tahun dan aku masih membayangi bagaimanakah rupa
ayahku.Sekalipun aku tidak pernah menatap rupanya jauh disudut hati aku ingin
membelai lembut wajahnya.Terima kasih ibu kerana gigih menjaga kakak dan aku
walau tiada kekuatan seorang lelaki di sisi. Alhamdulillah ibuku tidak
keseorangan dalam membesarkan kami dua beradik, dengan ketentuan Allah
menghadirkan datuk dan nenek yang sama sama mencurahkan kasih sayang kepada
kami daripada kecil sehingga sekarang.Mungkin aku tiada ayah tapi aku penuh
dengan kasih sayang atuk dan nenek yang mana orang lain tak dapat dan
rasa.Dengan itu aku bersyukur.
Setiap kali
merasa sedih aku mula membandingkan diriku dengan orang yang lebih kurang
bernasib baik.Setiap kali aku marah aku redhakan dengan tangisan orang yang
diluar sana yang tidak langsung mempunyai ayah dan ibu.Ujian kita mungkin
berbeza tapi kita tetap kuat untuk satu matlamat,iaitu redha-Nya.Kerap juga
melatih diri dengan kesusahan yang mana dapat menimbulkan kematangan dalam
diri. Juga, aku mengerti dan makin mengerti maksud disebalik kesusahan ini yang
mana inilah tanda sayang Allah kepada hambanya..teringat aku akan satu ayat di
dalam al quran yang lebih kurang maksudnya sebegini
“mana mungkin
seorang hamba tu mengatakan dia beriman sedangkan ia tidak diuji.”
Wahai
ayahku,tidak kah engkau merinduiku…tidak kah engkau ingin menatap wajah ku….tidak
kah engkau ingin peluk kujur tubuhku…Sungguh aku menanti saat itu ayah..
Ayah,walau
apapun yang terjadi ingatlah kataku,bahawa aku sentiasa mendoakn mu dan aku
sentiasa menganggapmu sebagai ayahku..selamanya kau tetap ayahku…walau kita tidak
pernah bersua ambil lah cinta aku ini untuk kau semat dalam hati.Pinjamkan hatimu untuk aku letak kasih itu..Itu sudah
cukup ayah..
Wallahualam....
Tulus daripada
DIC MEMBER
Comments
Post a Comment